Latar belakang Ahad Berdarah (1972)

Pelbagai jenayah dan keganasan sering berlaku di Ireland era masalah Ireland Utara. Sejak 1960-an, pejuang nasionalis, Roman Katolik (penganut terbesar di Kepulauan Ireland) sering bertempur dengan penganut Protestan (penganut terbesar Great Britain). Pertempuran sering berlaku di kawasan majoriti penganut Katolik.

Pada 8 Julai 1971 di kawasan Derry Bogside, dua perusuh, Seamus Cusack dan Desmond Beattie, ditembak mati oleh tentera British. Tentera mendakwa pasangan itu bersenjata, tetapi tuduhan itu ditolak oleh masyarakat tempatan dan nasionalis sederhana termasuk John Hume dan Gerry Fitt.